Kelebihan Doa Iftitah yang Membuka Pintu- Pintu Langit . Sebarkan Pada Semua

loading...


Diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Umar radhiyAllahu `an huma: Ketika kami sedang mengerjakan solat bersama dengan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka seseorang daripada jemaah mengucapkan "Allahu akbaru kabira, wal-hamdulillahi katsiira, wa subhanAllahi bukrataw wa asiila". Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda (selepas solat): "Siapakah yang berkata dengan kalimah sedemikian?"

 Maka seorang lelaki menjawab: "Saya, wahai Rasulullah." Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda lagi: " Aku takjub dengannya (yakni dengan kalimah yang diucapkan tersebut) kerana telah dibukakan baginya pintu - pintu langit." Sayyidina `Ibnu `Umar radhiyaAllahu `anhuma berkata: "Maka aku tidak meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengar Rasullullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda sedemikian." (HR. Imam Muslim dalam "al-Jaami`ush Shahih", jilid 2 halaman 99)


Rugi kalau tak baca ..


Wallahu a'lam.
Loading...

0 Response to "Kelebihan Doa Iftitah yang Membuka Pintu- Pintu Langit . Sebarkan Pada Semua"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close