Siapa Paklong dan Kenapa Dia Marah?

Siapa Paklong?


Bayangkan seorang lelaki separuh usia, yang baru saja bersara dari tentera. Beliau seorang KAGAT , atau pegawai tentera yang bertugas mengajarkan agama dalam skuadnya. Mesti anda bayangkan Paklong macam ini, kan?


Paklong ada latar belakang dalam bidang agama. Cukup pakar untuk tidak menyebarkan hadis palsu dan surat berantai, tapi bukan seorang ustaz.

Paklong ada latar belakang dalam ketenteraan , tapi tak bermakna dia pakar dalam ilmu perang bagaikan Shah Paskal , tapi hanya ada sifat panas baran yang sangat dasyat yang menggegarkan hati musuh-musuh negara. Nak cuba tahap mana baran Paklong senang saja, cubala isap vape di meja sebelah kalau kita makan di kedai yang sama. Tiuplah  asap yang berkepul- kepul itu sampai masuk hidung orang tua ini. Kau tahulah langit itu tinggi ke rendah lepas itu. Terbalik meja- meja kalau datang angin gila aku hari itu.

 

Tugas sebenar Paklong dalam askar bukanlah mengangkat senjata dan berperang, tapi beliau adalah seorang doktor tentera. Jadi sesuai sangat nak tanya soalan medik di sini untuk Paklong jawab.

Jadi, seorang veteran perang, berpangkat doktor dan mahir ilmu agama,, anda tak sepatutnya membayangkan diri Paklong dengan 3 gambar di atas ini. Paklong paling hampir dibayangkan dengan gambar di bawah. Siapa tahu tahulah.



Kenapa Paklong marah?


-Paklong marah kalau orang Melayu tak suka ambil kesempatan untuk baca doa yang boleh tarik rezeki seperti ini!

  Jika Anda Lakukan 10 Amalan Ini Selama 40 Hari, Insya Allah Rezeki Anda Akan Melimpah Dan Kaya Raya...(Share Jika Bermanfaat) 


 Kita bukan kaya pun , nama saja negara ini Tanah Melayu , tapi berapa banyak sangat tanah yang kita betul betul ada?

-Paklong marah kalau orang kita buat hangat-hangat tahi ayam dalam isu penting macam ini!!

  Petisyen Supaya Kerajaan Mengurung Selva Kumar Ke ISA,Perogol ‘Paling Teruk’ Dibebaskan, SHARE sebagai Tanda Setuju !!!


 Ingat benda main-main ke? Dia dah rogol 1000 orang anak gadis di Kanada, kalau nak cari mangsa ke 1001 tu senang sangat!! Segala taktik dan tipuhelah dah ada dalam poket kita. Orang kita nak ajak share petisyen untuk kurung dia dalam ISA pun susah !!

-Paklong marah kalau orang kita bajet kaya upah tukang paip yang harga cas dia per jam, lagi tinggi dari apa doktor-doktor cas per jam, Semuanya sebab malas baca artikel ini !!

Inilah Cara Cuci Sinki Paling Berkesan, Tak Payah Gigih Panggil Tukang Paip Lagi!


-Paklong amat bengang kalau orang buat tak hairan saja dengan hakikat yang dunia ini akan berakhir tak lama lagi, dan buat tak endah dengan peringatan peringatan seperti ini.

Dajjal akan keluar dari Iran, Nabi Isa akan turun dari Syria. Perang di Syria sekarang telah 100% mengikut Hadis Akhir Zaman Rasulullah!!


Tahu tak tanda kecil kiamat adalah kemunculan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul.
Nabi dah muncul 1400+ tahun lepas dah, Semua tanda kecil sudah habis. Sekarang tinggal tanda besar saja !!

Paklong lagi bengang kalau anda tak baca benda-benda penting sebegini, dan pilih pula untuk membaca benda yang akan buang masa anda, dan tak tambah pun ilmu atau duit anda umpama,gosip sekarang seperti sekarang Taylor Swift kekasih dia siapa pula ya? (bagi contoh artis Melayu kang sentap pulak.)

Jadi setiap hari, Paklong akan menjerit, menjerkah, mengherdik untuk tarik perhatian hampa semua  untuk terima ilmu yang Paklong rasa penting untuk anak anak Paklong tahu, sebelum Paklong pergi tinggalkan alam yang fana ini.Paklong dah tak lama dah kat dunia ni, hampa semua yang akan sambung perjuangan hidup ini untuk menentang segala pancaroba alam ini !!!



Biarlah suatu hari nanti, bila Paklong pergi meninggalkan dunia ini, dunia ini lebih baik keadaannya daripada dunia yang Paklong pernah warisi. Amin.




2 Responses to "Siapa Paklong dan Kenapa Dia Marah?"

  1. Saya respect pak long!Semoga dakwah dan usaha murni paklong berterusan memberi manfaat kepada generasi muda masa kini dan seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih pak long kerana byk berkongsi ilmu 👍👍👍

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close